Sunday, May 2, 2010

Percubaan pertama.....menjadi!!!!!

Salam....lama tak update blog.Tot nak ikut cam kekawan2,hari2 update blog...tapi malas,rajin baca orang punya jer....kih kih kih.Today try buat kek coklat,tapi i letak dlm bekas,so can consider cup cakes ler...saja nak bagi anak buah for his birthday celeb....tak sangka menjadi & sedap. Bahan2 pun senang but can't remember dari rumah siapa. Tuan rumah berkenaan, minta izin C & P ya.....

Kek coklat tanpa telur

1 cawan tepung gandum *
1/3 cawan koko *
1 sk serbuk penaik *
1/2 sk soda bikarbonat*
1/2 sk garam
3/4 cawan gula halus.
1/3 cawan minyak jagung
3/4 cawan air kopi
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka

Panaskan oven pada 170C-180C. Ayak bahan2 *,masukkan gula & kacau rata. Masukkan bahan2 selebihnya kecuali cuka & kacau rata. Kacau ikut pusingan jam. Pastikan air kopi betul2 panas. Tapiskan & masukkan dlm adunan. Masukkan cuka & kacau dlm 20 saat sahaja. Tuangkan dlm acuan. Bakar dalam 30-40 minit.





Thanks!!!!

No comments:

Post a Comment